Libat Urus PERKESO Sibu

14 Februari 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Februari 2025, Rabu, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang telah dikunjungi oleh agensi PERKESO Sibu untuk program libat urus tentang Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) dan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) yang bermula dari pukul 2:00 petang sehingga 3:00 petang. Progran tersebut dijalankan di NADI Rantau Panjang dan dikendalikan oleh Cik Jessieca Juana yang merupakan pegawai dari PERKESO Sibu.

Antara pengisian libat urus tersebut adalah pengenalan kepada Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) dan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS). Cik Jessieca juga turut memberikan satu risalah berkenaan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) dan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) beserta borang pendaftaran bagi komuniti yang berminat untuk mendaftar. Selain itu juga, pihak PERKESO turut mengajar petugas NADI cara untuk menggunakan aplikasi PERKESO iaitu Prihatin.

Diharapkan lebih banyak lagi agensi – agensi manfaatkan perkhidmatan Pusat Sebaran Maklumat Nasional dan terus mendapat sambutan daripada komuniti setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali